hari ini, rabu a.k.a hari ko-kurikulum sekolah saya...
oleh itu, biar sy cerita kesimpulan hari ini,,
iaitu: kerja saya doubled!
attire hari ni adalah puteri islam (ada orang ingat saya puteri umno)
hari sy bermula dengan perhimpunan sekolah pagi2, lepas tu, pk1 kata ada mesy untuk pra test baru ni, kira macam post mortem la, bila sebut post mortem pra test (lebih kepada kondem cikgu bila ada student fail), saya la yang jd kalut! kenapa?! kenapa??!! ah, emo! kenapa sy jadi kalut? oke, cool down sikit baru boleh berfikir dengan tenang! ah, perasaan tenang tenang tak sepatutnya ada tanda seru! oke2, saya kalut sebab sy yang bertanggungjawab utk menyediakan analisis keputusan pra test student, tetapi ada cikgu yang melambatkan kerja saya, jadi ada bahagian subjek yang belum ada markah lagi! sy dengan tenang berbekalkan muka toye bergerak zup zap zup zap semasa cikgu2 duk berceramah pung pang pung pang di tapak perhimpunan tadi.(sebab depan pengetua jd kena tunjuk rajin). ok, pendek cerita, sy dapat setelkan kerja saya dengan sempurna tadi. oke, kerja kedua datang lepas kerja pertama abis, iaitu, saya kena bahagi slip spm student tahun lepas. hoho. kelas saya kena bagi tu, kelas yang paling last. erm, bukan nak kata, tapi, memang kelas teruk pun. 5 iman (yang tak ada iman, menurut pkhem). student duk ada dalam 28 orang tp hanya 15 orang dapat merasa feel excited mendapat result kerana yang selebihnya tak datang ambil result (saya rasa sebab mereka tak mahu bayar hutang tertunggak). oke, lepas setel kerja kedua, oh lupa, saya tak masuk kelas sebab terlajak menyempurnakan kerja amanah tu. isk, terlepas lagi kelas english form 4 ikram. takpe, kamu semua dah terer english kan. i'm impressed!! lepas tu, saya pi makan dengan yaya. lepas tu, saya gi stapler kertas soalan science form 2 untuk pra test next week. lepas tu, tiba lah masa balik, tapi saya tak boleh balik sebab saya seorang yang bagus. saya stay up untuk latihan boria, tapi sebenarnya kamii dok berlatih pung. (cakap teganu skek). kami duk sebuk ngetest baju. pastu, kami tak puas hati! lepas tu, kami bawa ketidakpuasan hati kami tu ke island, iaitu, kamdar bukit jambul, which about one hour from our place, untuk menukar baju kanak-kanak boria itu. kami tukar baju. oh, bukanlah sesenang wenangnya proses penukaran baju yang tidak puas hati itu. proses pemilihan baju yang berkenan di hati serta yang penting murah itu ambil masa dalam duk ada (sejak akhir2 ni asyik cakap penang) dalam 3 jam! kami guru yang bagus!! bila kami nak balik, kami gerakkan kereta, ada pakcik yang jaga parking tanya, baru balik dari mesyuarat ke? dia duk bercakap pung pang pung pang dengan kawan kami, kak ina. saya malas ambil port, saya letih tahap 12. lepas tu kak ina kata pakcik tu ingat kami puteri umno. dia tanya kenal tak anak dia yang duk situ sini situ sini. kami kata kenal, takkan tak kenal kot. kami senyum, pakcik balas. tutup tingkap, kami gelak kahkahkah. kami keluar dari kompleks bukit jambul tu dalam pukul 9 dan kami sampai ke pondok buruk pukul 10.10. sekian, itulah cerita seorang cikgu yang cemerlang-berkorban-apa-saja-untuk-murid-tersayang.
itu bukit jambul. maaf, saya malas tulis panjang-panjang, pembetulan, itu kompleks bukit jambul, tiada jambul pun sebenarnya.
p/s=apa beza puteri islam dengan puteri umno? puteri islam muda, puteri umno tua. kami muda lagi lah!

