it's been a while. i hate to admit it but i do.
Tuesday, March 29, 2011
exam mood
- hari ni hari first exam. saya jaga exam. budak-budak bercakap. saya tengking, woi!
wah, hilang ayu
. peduli ape saya. - semalam dan esok soulja boy ada exam. malam ni dia pulun study
. tapi exam semalam dia dapat C-
. tu la, main-main lagi. kita tengok esok camna. kalau saya jadi pengawas peperiksaan dia, saya bagi soalan bocor
. muahaha. eh tak baik. - esok saya nak ronggeng
gi penang island. ponteng jaga exam. jom.
Monday, March 28, 2011
hidup saya hari ini.
hari ini saya rilek sikit. maksud sikit tu mendalam, dimana bagi saya perkataan rilek adalah datangnya apabila saya boleh tidur pada waktu petang. ya, tidur petang adalah sesuatu yang saya minati
. mungkin orang diluar sana tidak tahu perkara sebenar. saya terpaksa tidur petang. ya, terpaksa. sekali lagi, ramai-ramai, semua orang sebut bersama-sama, terpaksa. kenapa jadi terpaksa tidur petang. sebab jika saya tidak tidur petang, dalam bahasa saintifik kamus cg nadiah, dikenali sebagai resting of unconcious mind, saya berkemungkinan tidak besar mengalami migrain
. kesimpulannya, tidur petang itu penting
dalam hidup saya.
apabila saya sebut rilek sikit, saya sedang membandingkan hari ini dengan hari-hari pada minggu lepas. pada minggu lepas, ah, malas lah nak cerita. dalam entri-entri lepas dah berapa kali saya nak cakap?! saya kata saya sibuk! tak faham ke?! sibuk! tau?! sibuk!!.
oke, ter emo, mungkin terjangkit doktor alia maisara.
jadi, kesimpulannya, saya bahagia hari ini, saya tidur petang. hehe. tapi satu je masalah, bilik saya sauna
. mungkin kalau badan saya gedempol, itu bukan satu masalah, malah satu blessing. tapi badan saya slim, saya 'sayang' kesliman saya ni, saya taknak hilang berat. isk.
hari ini, kelas saya berjalan macam biasa. saya berjaya menghandle kanak-kanak riang form 1 dalam kelas bahasa melayu sebab saya angkut rotan
masuk dalam kelas, secara automatiknya kelas menjadi seperti pelajar-pelajar sekolah agama, tertib ternis budaknya, sejuk memandang, jika tidak, ah, sikit lagi nak jadi ala-ala tahanan penjara. kelas form 4 english pula, ah, saya tinggal rotan dalam bilik guru. memang saya sengaja tinggal, tak bawa rotan. sebab saya ingat budak-budak dah mumayyiz, tapi, saya belajar hari ni, jangan pandang dari kebesaran saiz pelajar, besar bapak 2 kali ganda dari saiz my boy pun, duk buat bunyi monyet dalam utan lagi
. seriously. dah la kelas tu banyak pengawas, tapi perangai macam mawas.
huh. ada sedikit biadap. tapi saya tak heran
, sebab dah dapat warning dari guru senior, memang kelas tu tak menang tangan. oh ya, mereka anak-anak cg suria, housemate saya. saya nak mengadu jugak
, paksa suria ubah kedudukan. let angel sits with the beast. kelas last saya adalah science untuk form 2, i prefer teaching biology and science for form 4, but dapat form 2, dah blessing la tu. dapat mujur. yang ni, toksah nak cakap la, saya memang hyper
actually, bila saya mengajar science. automatik jadi bersungguh-sungguh nak explain
, lukis tekan-tekan guna kapur kat papam hitam, berapa kali kapur patah, tudung penuh dengan habuk kapur, duk pung pang pung pang
(efek bunyi saya cakap). saya tak kisah, i love science
..!
gambar untuk hari ni...
Thursday, March 24, 2011
Wednesday, March 23, 2011
migraine
lately, i got migraines. my soulja boy told me to go to the hospital but i hate it. why? because i don't like doctors. why? i got trauma of doctors. since the incident of got stalked by psycho female doctor which also my ex-schoolmate a.k.a alia maisara and a moron dentist. ah. but, not all doctors like that (common sentence). maybe bad doctors are only both of them.
alhamdulillah, no migraine tonight. and no call from the boy.
p/s = kak mas, my senior biology clan at school, are transferring to kemaman sooner. since we both are guru kesihatan, there's probability she's going to be guru kesihatan too at kemaman, maybe. and since guru kesihatan should collaborate with dentist, maybe i should warn her about that female dentist at kp kemaman. huhu.
15 hours non-stop
hari ini, rabu a.k.a hari ko-kurikulum sekolah saya...
oleh itu, biar sy cerita kesimpulan hari ini,,
iaitu: kerja saya doubled!
attire hari ni adalah puteri islam (ada orang ingat saya puteri umno)
hari sy bermula dengan perhimpunan sekolah pagi2, lepas tu, pk1 kata ada mesy untuk pra test baru ni, kira macam post mortem la, bila sebut post mortem pra test (lebih kepada kondem cikgu bila ada student fail), saya la yang jd kalut! kenapa?! kenapa??!! ah, emo! kenapa sy jadi kalut? oke, cool down sikit baru boleh berfikir dengan tenang! ah, perasaan tenang tenang tak sepatutnya ada tanda seru! oke2, saya kalut sebab sy yang bertanggungjawab utk menyediakan analisis keputusan pra test student, tetapi ada cikgu yang melambatkan kerja saya, jadi ada bahagian subjek yang belum ada markah lagi! sy dengan tenang berbekalkan muka toye bergerak zup zap zup zap semasa cikgu2 duk berceramah pung pang pung pang di tapak perhimpunan tadi.(sebab depan pengetua jd kena tunjuk rajin). ok, pendek cerita, sy dapat setelkan kerja saya dengan sempurna tadi. oke, kerja kedua datang lepas kerja pertama abis, iaitu, saya kena bahagi slip spm student tahun lepas. hoho. kelas saya kena bagi tu, kelas yang paling last. erm, bukan nak kata, tapi, memang kelas teruk pun. 5 iman (yang tak ada iman, menurut pkhem). student duk ada dalam 28 orang tp hanya 15 orang dapat merasa feel excited mendapat result kerana yang selebihnya tak datang ambil result (saya rasa sebab mereka tak mahu bayar hutang tertunggak). oke, lepas setel kerja kedua, oh lupa, saya tak masuk kelas sebab terlajak menyempurnakan kerja amanah tu. isk, terlepas lagi kelas english form 4 ikram. takpe, kamu semua dah terer english kan. i'm impressed!! lepas tu, saya pi makan dengan yaya. lepas tu, saya gi stapler kertas soalan science form 2 untuk pra test next week. lepas tu, tiba lah masa balik, tapi saya tak boleh balik sebab saya seorang yang bagus. saya stay up untuk latihan boria, tapi sebenarnya kamii dok berlatih pung. (cakap teganu skek). kami duk sebuk ngetest baju. pastu, kami tak puas hati! lepas tu, kami bawa ketidakpuasan hati kami tu ke island, iaitu, kamdar bukit jambul, which about one hour from our place, untuk menukar baju kanak-kanak boria itu. kami tukar baju. oh, bukanlah sesenang wenangnya proses penukaran baju yang tidak puas hati itu. proses pemilihan baju yang berkenan di hati serta yang penting murah itu ambil masa dalam duk ada (sejak akhir2 ni asyik cakap penang) dalam 3 jam! kami guru yang bagus!! bila kami nak balik, kami gerakkan kereta, ada pakcik yang jaga parking tanya, baru balik dari mesyuarat ke? dia duk bercakap pung pang pung pang dengan kawan kami, kak ina. saya malas ambil port, saya letih tahap 12. lepas tu kak ina kata pakcik tu ingat kami puteri umno. dia tanya kenal tak anak dia yang duk situ sini situ sini. kami kata kenal, takkan tak kenal kot. kami senyum, pakcik balas. tutup tingkap, kami gelak kahkahkah. kami keluar dari kompleks bukit jambul tu dalam pukul 9 dan kami sampai ke pondok buruk pukul 10.10. sekian, itulah cerita seorang cikgu yang cemerlang-berkorban-apa-saja-untuk-murid-tersayang.
itu bukit jambul. maaf, saya malas tulis panjang-panjang, pembetulan, itu kompleks bukit jambul, tiada jambul pun sebenarnya.
p/s=apa beza puteri islam dengan puteri umno? puteri islam muda, puteri umno tua. kami muda lagi lah!
Tuesday, March 22, 2011
mencabarr!!
oke, sebelum sy tido, sy baru lepas mempublickan semula blog ni. puncanya? tataw.
info yg mahu di update adalah,
lebiu everibodi. gudnite.
info yg mahu di update adalah,
- baru naik cuti sekolah, (maksudnya baru lepas cuti), terus dapat kerja yg menimbun, sampai sy migrain 3 hari berturut2.
- my soulja boy ke sabah, semakin hari semakin sebok, semakin silent, handphone, semakin jimat bil telepon bulan ini, semakin untung encik izuan dapat byr bil murah.
- terfikir utk memdapatkan kenderaan beroda empat.
- mahu 'itu' cepat2. jeles tgk orang laen.
lebiu everibodi. gudnite.
Subscribe to:
Posts (Atom)


